Sea Lion yang terletak di Klang yang berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Tempat tersebut agak tersembunyi namun terkenal dengan ikan Air Masin. Ia merupakan kolam bayar air masin. Terdapat 5 buah kolam disana dan satu lagi dalam pembinaan. Terdapat juga sebuah kolam udang. Kolam ini dah lama dibuka dan juga menjadi salah satu tempat kesukaan para pemancing kolam bayar. Harga disini agak berbeza mengikut saiz kedudukan kolam. Harga kolam 1,2 dan kolam 3 agak murah berbanding dengan kolam 4 dan 5. Ini kerana kolam 4 dan kolam 5 saiz ikan atas 1.5 Kg berbanding dengan kolam 1,2 dan 3. Kolam lima merupakan kolam paling mahal dimana RM100 untuk 3 jam.
Umpan yang digunakan diantaranya udang hidup, ikan belanak, ikan kembung dan ikan sardin. Ikan belanak dan udang hidup ada jual disana. Bagi kolam 4, Pro Caster boleh memberi beberapa tips kepada para pemancing yang mengujungi kolam tersebut. Waktu yang disarankan pukul 8 malam,10 malam dan juga 2 pagi. Waktu ini lah ikan kat sana rajin sikit makan umpan. Lokasi berdekatan dengan kincir air dan depan jeti. Walaubagaimanapun, pemancing boleh memilih mengikut waktu yang disukai kerana ikan kat sana kalau Nampak umpan dia tetap makan. Kalau tak dapat bukan rezeki kita lah 2.
Pro Caster Berjaya menaikkan ikan siakap, ikan merah, kaci dan jenahak.. setakat ne ikan kerapu naga tak dapat dinaikkan kerana time Sea Lion lepaskan ikan Kerapu Naga Pro Caster mesti lewat 2 atau 3 hari menyebabkan pemancing lain menaikkan dahulu. Memang tidak boleh dinafikan ikan kat sana memang besar. Memang layan.
No comments:
Post a Comment