Menghala ke Utara berdekatan dengan Rawang menjadi lokasi untuk memburu Ikan Patin bagi Ahli Pro Caster. Walaupun lokasi yang terletak dikawasan perdalaman tetap kami pergi untuk melihat hebat ke Patin Bukit Beruntong. Pro Caster pernah diberitahu bahawa Ikan kat sini jika pemancingnya tidak mempunyai pengalaman pasti tidak dapat menaikkan ikan disini. Ini kerana lokasi yang dipenuhi dengan lalang serta rumpai air. Kalau tidak pandai bermain dengan ikan pasti tidak dapat naikkan ikan. Ikan tersebut akan lari masuk kedalam semak atau sangkut di rumpai.
Pro Caster terjah Bukit Beruntong untuk menaikkan ikan patin. Dengan menggunakan umpan roti Gardinia yang merupakan kegemaran ikan patin menjadi pilihan pertama. Baru 10 minit balingan umpan kedalam air Silen Berjaya menaikkan ikan Patin seberat 5 Kg. Kali kedua umpannya dibaham akan tetapi… Ha ne yang best ne, ikan tersebut tidak dapat dinaikkan kerana sangkut pada kayu.
Cerita yang paling best, Pancing Zaidi masuk kedalam air kerana ditarik oleh ikan . Bukan Fairus( ahli pro caster) hayal atau apa, tapi tak perasan. Tali dilepaskan untuk mengelakkan joran masuk ke kolam tapi melepaskan tali juga membawa padah pada fairus. Tali habis ditarik menyebabkan joran ditarik masuk kedalam air.
Pemancing perlu berhati2 kerana rumpai yang tebal di tebing perlu kepakaran untuk menaikkan ikan yang besar. Suasana agak panas jika pergi mengail pada waktu tengah hari, walaupun terdapat pokok disekeliling namun bahangnya tetap dirasai.
Silen pantang tengok joran goyang sikit, antara tanggapannya
- Joran fairus masuk dalam air, harapan pertama
- Boy baling dekat dapat ikan, aku baling depan ikan tak dapat ikan
- Puh...Puh joran aku mengena
- Tak pe, kalau aku tak dapat ikan , aku salah kan ajib kacau port aku
- Kalau aku tak dapat ikan aku tak pancing sebulan lepas ne
- Lepas ne kene kejar dengan kerbau
No comments:
Post a Comment