Kota Kemuning, Shah Alam
Kolam Kota Kemuning merupakan sebuah kolam bayar air masin. Ia terletak dengan seksyen 27. Walaupun tempatnya tersorok sedikit dibelakang kedai, ia agak terkenal bagi pemancing kolam bayar disini. Kolam ini beroperasi dari 7a.m hingga 12 p.m sahaja manakala pada hari Sabtu dan Ahad ia beroperasi 24 jam yang mana pemancing boleh membayar secara pakej.
Terdapat 2 jenis ikan didalam kolam ini iaitu ikan siakap dengan ikan kaci. Saiz ikan didalam kolam mini boleh dikategorikan ikan bersaiz sederhana dan besar. Berat yang dianggar kan 1.0kg hingga 8.0 kg. Terdapat juga ikan bertag dimana pemancing mendapat ikan bertag mereka boleh memenangi wang tunai serta waktu memancing.
Kemudahan seperti kedai makan memudahkan pemancing membeli makanan. Servis menghantar umpan udang menjadi salah satu kemudahan. Tidak terlupa, anak ikan tidak dibenarkan digunakan sebagai umpan. Tempat ne memang best kerana pemancingnya dikalangan orang Melayu, Cina dan India. Pemancing yang peramah serta ringan tulang membantu apabila mendapat ikan menjadi salah satu tarikan.
Pro Caster sering ke kolam bayar ini kerana ia berdekatan dengan Shah Alam serta hasil tangkapannya. Jika ahli Pro Caster ke sini pasti ada hasil tangkapan. Ada jugak waktu dimana kami tidak pernah menaikkan ikan walaupun memancing selama 7 jam,3 orang. Cuma Band sahaja yang dapat naikkan ikan siakap. Boy and Fairus duduk tengok je orang lain naikkan ikan. Tapi bak kate orang tua, kalau ada ikan depan umpan pasti dia makan.
Fairus sering menggunakan teknik pelampung satu depa, yang mana dia akan duduk di tengah-tengah kolam dan membaling ke tengah kolam. Kalau ikan tak sentuh sejam dua dia kan main bottom. Mat Smart ne di ikut mood sikit. Kalau hari ne dia dapat ikan esok msti tepacak balik. Paling teruk dua minggu terus dia balik keje lepak kat sana.
Band yang pasti dia datang bawak Diana ge makan dulu and than baru dia mula pancing. Kalau dia tak makan kira ong dia takde. Sal perut dia akan memberontak. Tapi band memang asle, sal setiap kali dia ge ada je tangkapan dia,.. teknik yang dia gunakan pelampung satu depa.And satu lagi cite menarik pancing Band pernah masuk kolam. Tak tahu lah ikan berape kilo beratnya.
Boy ne lak satu musim 2 kalau ge memancing kat sini mesti tak dapat, tapi kalau sekali dia naikkan pasti 3 ekor keatas dia naikkan. Boy ne suka duduk kat kinchir air, kalau ge mesti kat sana dia duduk. Cakap lah apa pun kat dia, kalau dia tak nak pindah memang dia tak akan pindah. Teknik yang akan dia gunakan ialah teknik bottam. Memang kegemaran dia.
Att ; kepada pemilik kolam bayar kota kemuning, tolong sangat2 tukar batang sauk ikan. Berat sangat oooo bila nak naikkan ikan. Baling gajah pun boleh mati.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebayaran dia camner ehhhh???
ReplyDelete