Saturday, March 27, 2010

Mood Pro Caster

Kebanyakkan ahli Pro Caster mempunyai kerja yang ikut time manakala ada ahli pro caster yang kerja ikut suke Time sendiri. Terdapat juga ahli pro caster dikalangan student IPTA/IPTS..Perjalanan memancing tak ikut time yang ditetapkan..

Tapi apa yang pasti perangai setiap pemancing lain2 didalam group kami. Kadang kala kami rase nak ge pancing belida kite pergi tempat 2 selama seminggu. Kalau rase nak tangkap ikan patin kite akan ge pancing patin. Kami tidak mengira saiz ikan kecik atau besar, yang penting layan.

Misalnya kalau nak ge pancing talapia kami akan membawa joran kecik manakala nak pancing ikan besar kita akan membawa joran yang sesuai. Ikut tempat saiz jorannya. Kalau dalam blog kami anda nampak ikan kecik tak bermaksud kami tak pernah menangkap ikan besar. Anda silap. Tapi tak pe, memandangkan kami mengikuti teknologi yang terkini. Kami memulakan blog. Blog ini akan menjadi hala tuju kami. Perkembangan terbaru kami akan kami publish didalam blog ini...

Ahli Baru Pro Caster


Nama : Raziff @ Ajib

Umur : 25 Tahun

Alamat : Sri Kembangan, Selangor

Bakat Terpendam : Air Masin, Air Tawar & Kolam Bayar

Lokasi Yang Diminati : Seksyen 8, Bukit Cerakah, Bukit Jeletong, South Port, Kota Kemuning, Port Dickson, Tanjung Agas, Linggi Negeri Sembilan,

Pengalaman : Beliau mula dalam bidang memancing ketika beliau belajar di Politeknik Port Dickson. Mula memancing di Linggi dan berjaya menaikkan ikan Toman. Sering bersama boy kehulur hilir untuk mencari pengalaman. Paling best kalau budak-budak bawak si ajip ne mesti dia yang naikkan dulu baru orang lain dapat naikkan ikan. Kalau dia tak dapat alamatnya balik tangan kosong.huhuhu All the best ajib.


BUKIT BERUNTONG

Menghala ke Utara berdekatan dengan Rawang menjadi lokasi untuk memburu Ikan Patin bagi Ahli Pro Caster. Walaupun lokasi yang terletak dikawasan perdalaman tetap kami pergi untuk melihat hebat ke Patin Bukit Beruntong. Pro Caster pernah diberitahu bahawa Ikan kat sini jika pemancingnya tidak mempunyai pengalaman pasti tidak dapat menaikkan ikan disini. Ini kerana lokasi yang dipenuhi dengan lalang serta rumpai air. Kalau tidak pandai bermain dengan ikan pasti tidak dapat naikkan ikan. Ikan tersebut akan lari masuk kedalam semak atau sangkut di rumpai.

Pro Caster terjah Bukit Beruntong untuk menaikkan ikan patin. Dengan menggunakan umpan roti Gardinia yang merupakan kegemaran ikan patin menjadi pilihan pertama. Baru 10 minit balingan umpan kedalam air Silen Berjaya menaikkan ikan Patin seberat 5 Kg. Kali kedua umpannya dibaham akan tetapi… Ha ne yang best ne, ikan tersebut tidak dapat dinaikkan kerana sangkut pada kayu.

Cerita yang paling best, Pancing Zaidi masuk kedalam air kerana ditarik oleh ikan . Bukan Fairus( ahli pro caster) hayal atau apa, tapi tak perasan. Tali dilepaskan untuk mengelakkan joran masuk ke kolam tapi melepaskan tali juga membawa padah pada fairus. Tali habis ditarik menyebabkan joran ditarik masuk kedalam air.

Pemancing perlu berhati2 kerana rumpai yang tebal di tebing perlu kepakaran untuk menaikkan ikan yang besar. Suasana agak panas jika pergi mengail pada waktu tengah hari, walaupun terdapat pokok disekeliling namun bahangnya tetap dirasai.

Ikan Patin seberat 1.6 kg
Ikan Patin seberat 1.5 kg

Silen pantang tengok joran goyang sikit, antara tanggapannya

  1. Joran fairus masuk dalam air, harapan pertama
  2. Boy baling dekat dapat ikan, aku baling depan ikan tak dapat ikan
  3. Puh...Puh joran aku mengena
  4. Tak pe, kalau aku tak dapat ikan , aku salah kan ajib kacau port aku
  5. Kalau aku tak dapat ikan aku tak pancing sebulan lepas ne
  6. Lepas ne kene kejar dengan kerbau

Ahli pro caster baru, Ajib bersama susunan joran



Rakaman dilakukan dengan tidak sengaje. Kualiti akan ditingkatkan pada rakaman yang lain. Harap maklum.

FAIRUS MENAIKKAN IKAN PATIN

Friday, March 26, 2010

Bukit Jelutong


Bersebelahan dengan Shah Alam dan berdekatan dengan NSTP Shah Alam. Lokasi ni memang digemari oleh pemancing yang balik dari kerja yang berdekatan dengan Bukit Jelutong. Kolam disana bersebelahan dengan Club Golf dan bersebelahan dengan taman perumahan. Kolam ini merupakan kolam buatan sendiri bertujuan untuk menakung air hujan.

Kolam yang kecil , namun banyak dengan ikan tilapia dan juga ikan haruan. Kalau musim hujan memang penuh dengan haruan hunter. Dengan menggunakan katak bersaiz sederhana menjadi buruan ikan haruan. Talapia kat sini ikut musim. Kalau sampai musin dia tilapia kat sini boleh mencecah seberat 2 Kg. Besar 2…terdapat juga ikan jenis lain seperti ikan keli, ikan lampam, dan ikan haruan hantu.

Pro Caster akan kesini untuk melayan ikan tilapia dengan menggunakan pancing bersaiz kecil untuk melayan ikan tilapia. Tali 10-15 LB digunakan untuk menarik ikan disini. Umpan yang digunakan diantaranya udang, cengkerik untuk ikan lampam, dan cacing untuk semua jenis ikan.


Ikan Talapia
Hasil tangkapan yang banyak jika sampai musimnya
Umpan undang cuma perlu sauk. Tidak perlu pergi kedai membazir duit untuk membeli umpan

Hati- hati dengan bola golf sal berdepan dengan padang gof



Silen dengan rod kecik melayan ikan talapia

SEA LION

Sea Lion yang terletak di Klang yang berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Tempat tersebut agak tersembunyi namun terkenal dengan ikan Air Masin. Ia merupakan kolam bayar air masin. Terdapat 5 buah kolam disana dan satu lagi dalam pembinaan. Terdapat juga sebuah kolam udang. Kolam ini dah lama dibuka dan juga menjadi salah satu tempat kesukaan para pemancing kolam bayar. Harga disini agak berbeza mengikut saiz kedudukan kolam. Harga kolam 1,2 dan kolam 3 agak murah berbanding dengan kolam 4 dan 5. Ini kerana kolam 4 dan kolam 5 saiz ikan atas 1.5 Kg berbanding dengan kolam 1,2 dan 3. Kolam lima merupakan kolam paling mahal dimana RM100 untuk 3 jam.

Umpan yang digunakan diantaranya udang hidup, ikan belanak, ikan kembung dan ikan sardin. Ikan belanak dan udang hidup ada jual disana. Bagi kolam 4, Pro Caster boleh memberi beberapa tips kepada para pemancing yang mengujungi kolam tersebut. Waktu yang disarankan pukul 8 malam,10 malam dan juga 2 pagi. Waktu ini lah ikan kat sana rajin sikit makan umpan. Lokasi berdekatan dengan kincir air dan depan jeti. Walaubagaimanapun, pemancing boleh memilih mengikut waktu yang disukai kerana ikan kat sana kalau Nampak umpan dia tetap makan. Kalau tak dapat bukan rezeki kita lah 2.

Pro Caster Berjaya menaikkan ikan siakap, ikan merah, kaci dan jenahak.. setakat ne ikan kerapu naga tak dapat dinaikkan kerana time Sea Lion lepaskan ikan Kerapu Naga Pro Caster mesti lewat 2 atau 3 hari menyebabkan pemancing lain menaikkan dahulu. Memang tidak boleh dinafikan ikan kat sana memang besar. Memang layan.

Jenahak 2.4 kg dengan menggunakan umpan ikan belanak
Jenahak seberat 2kg setiap satu. Balik modal lah jugak

Siakap 3.5 kg. Lama gak nak naikkan ikan ne sal time dia makan tak sedar sal pakai udang main dasar

Hasil tangkapan dalam masa 4 jam. Senyum seminggu pikirkan ikan

Thursday, March 11, 2010

Kota Kemuning, Shah Alam


Kota Kemuning, Shah Alam

Kolam Kota Kemuning merupakan sebuah kolam bayar air masin. Ia terletak dengan seksyen 27. Walaupun tempatnya tersorok sedikit dibelakang kedai, ia agak terkenal bagi pemancing kolam bayar disini. Kolam ini beroperasi dari 7a.m hingga 12 p.m sahaja manakala pada hari Sabtu dan Ahad ia beroperasi 24 jam yang mana pemancing boleh membayar secara pakej.

Terdapat 2 jenis ikan didalam kolam ini iaitu ikan siakap dengan ikan kaci. Saiz ikan didalam kolam mini boleh dikategorikan ikan bersaiz sederhana dan besar. Berat yang dianggar kan 1.0kg hingga 8.0 kg. Terdapat juga ikan bertag dimana pemancing mendapat ikan bertag mereka boleh memenangi wang tunai serta waktu memancing.

Kemudahan seperti kedai makan memudahkan pemancing membeli makanan. Servis menghantar umpan udang menjadi salah satu kemudahan. Tidak terlupa, anak ikan tidak dibenarkan digunakan sebagai umpan. Tempat ne memang best kerana pemancingnya dikalangan orang Melayu, Cina dan India. Pemancing yang peramah serta ringan tulang membantu apabila mendapat ikan menjadi salah satu tarikan.

Pro Caster sering ke kolam bayar ini kerana ia berdekatan dengan Shah Alam serta hasil tangkapannya. Jika ahli Pro Caster ke sini pasti ada hasil tangkapan. Ada jugak waktu dimana kami tidak pernah menaikkan ikan walaupun memancing selama 7 jam,3 orang. Cuma Band sahaja yang dapat naikkan ikan siakap. Boy and Fairus duduk tengok je orang lain naikkan ikan. Tapi bak kate orang tua, kalau ada ikan depan umpan pasti dia makan.

Fairus sering menggunakan teknik pelampung satu depa, yang mana dia akan duduk di tengah-tengah kolam dan membaling ke tengah kolam. Kalau ikan tak sentuh sejam dua dia kan main bottom. Mat Smart ne di ikut mood sikit. Kalau hari ne dia dapat ikan esok msti tepacak balik. Paling teruk dua minggu terus dia balik keje lepak kat sana.

Band yang pasti dia datang bawak Diana ge makan dulu and than baru dia mula pancing. Kalau dia tak makan kira ong dia takde. Sal perut dia akan memberontak. Tapi band memang asle, sal setiap kali dia ge ada je tangkapan dia,.. teknik yang dia gunakan pelampung satu depa.And satu lagi cite menarik pancing Band pernah masuk kolam. Tak tahu lah ikan berape kilo beratnya.

Boy ne lak satu musim 2 kalau ge memancing kat sini mesti tak dapat, tapi kalau sekali dia naikkan pasti 3 ekor keatas dia naikkan. Boy ne suka duduk kat kinchir air, kalau ge mesti kat sana dia duduk. Cakap lah apa pun kat dia, kalau dia tak nak pindah memang dia tak akan pindah. Teknik yang akan dia gunakan ialah teknik bottam. Memang kegemaran dia.

Att ; kepada pemilik kolam bayar kota kemuning, tolong sangat2 tukar batang sauk ikan. Berat sangat oooo bila nak naikkan ikan. Baling gajah pun boleh mati.


Boy dengan tekun menunggu umpannya dibaham,,,...Boy ne port hujung je dia target

Berjaya juga menaikkan ikan siakap

Fairus dengan ikan siakap,,, teknik dia gunakan ialah teknik pelampung

Meriah katak dengan ikan siakap,,, dia kata ikan ne nak wat 3 rase. berat ketiga-tiga ikan ini


Band pantang diajak pasti datang.. kalau ge sana tak ajak dia habis lah.. bukan tak nak ajak Band tapi jelous lah kau je naik ikan. kalau kite naik sekali tak pe gak... huhuhu, sorry

Monday, March 8, 2010

Seksyen 8 @ Shah Alam

Shah Alam, seksyen 8. Seksyen 8 merupakan salah satu lokasi memancing yang terdapat di bandar Shah Alam. Kolam yang bersambung dengan Bukit Cerakah membuatkan banyak spesis ikan membiak secara liar di sana. terdapat pelbagai spesis ikan disana seperti ikan patin, ikan talapia, ikan ketutu, ikan baung, ikan lampam, haruan, toman, dan banyak lagi. Kolam yang terletak dibelakang taman ini menjadi tarikan pemancing disekita Shah Alam.

Ahli Pro Caster sering ke seksyen 8 pada hari biasa kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal. waktu yang sering kami lawati sekitar pukul 4.30 p.m hingga 10.0o p.m. Tempatnya yang terlalu open membuatkan para pemancing terasa panas. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah pondok disana yang mana kami boleh berteduh. Pondok tersebut menjadi salah sebuah tempat berdiskusi mengenai teknik memancing serta pengalaman. Kami sering mendapat tunjuk ajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Cuma segelintir pemancing yang kurang berminat ingin membuka mulut untuk memberi tahu mengenai skill mereka. Pasal mereka terasa mereka 2 hebat sangat lah,,, em... tak hebat mana pun, balik tangan kosong gak. So bagi pemancing yang datang kesana rajin2 lah menegur ye.,, hehehe.

Yang bestnya kat sana, ikan patin. Waktu petang je ikan2 ne akan mengambil udara diatas. Bukan satu atau dua tapi banyak bro.. Ramai yang sakit hati melihat gelagat ikan ne. Nak kate musim mengawan bukan sepanjang tahun kot. Mengikut Abg Botak, waktu makan diorang(patin) waktu subuh. Pro caster telah mencuba pelbagai jenis umpan antaranya roti gardinia, dedak bom, dedak 9#%, minyak belangkas, perut ayam, yis, pisang goreng dan entah macam2 lagi.

Si Silen salah sorang ahli Pro Caster pernah menumbangkan ikan Patin seberat 15kg pun tidak pernah menaikkan ikan Patin kat sini. Kesian dia setiap kali Ahli kami ingin menagkap ikan lain, di sorang je nak tangkap patin. Bukan taknak mencube tapi kan,,,entah ah nak cakap ape. Umpan jatuh depan mata ikan 2 tak nak makan. Tak pe Silen mencube tangga kejayaan. Dah dapat bagi tahu eh umpan apa kau pakai. Yang paling best, malam depavali si Silen sibuk menangkap ikan patin kat seksyen 8, mamat ne memang fanatik sungguh dengan ikan patin. Nak tanye sikit leh tak silen, ape yang ada kat ikan Patin ne. Nanti bagi komen ye....

Ikan Belida, seksyen 8 memang dikerumuni dengan Ikan Belida Bintik. Paling berat Kami pernah naikkan seberat 5 Kg. Waktu yang disyorkan pada pukul 7 p.m. Time-time orang nak balik baru ikan belida nak makan. Umpan yang digunakan ikan seluang atau anak ikan cap. Dalam kumpulan kami, En Fairus dikenali sebagai Raja Belida. Setiap kali dia ge, mesti dia bawak balik ikan belida. Nak kata umpan semua ahli pakai umpan yang sama. Tapi kenapa dia je yang kene. Mungkin sal Luck dia kot. Nasihat En Fairus akan diguna pakai bagi menangkap ikan belida bintik di seksyen 8. Kalau parah pemancing nampak Jip Triton dengan mamat yang pakai baju nak ge keje dia lah 2 fairus.

Kepada para pemancing yang ingin lari dari kesibukan kerja atau ingin melepaskan tekanan boleh datang ke seksyen lapan untuk memancing. Tempat memang best dan mencabar untuk mendapat ikan, sal nak tangkap ikan besar kat sana perlu keimanan yang teguh...

( Belida 15 Bintik )
Fairus @ Raja Belida Bersama Hasil Tangkapan



Silen Bersama Ikan Belida Bintik. Umpan yang digunakan anak ikan cap, waktu pada pukul 6.18 p.m. Waktu ne dia dah bosan tangok orang lain naik ikan, dari pancing patin ge pancing belida. Tangan kau memang bau ikan belida bukan ikan Patin

Zaidi & Suraya bersama hasil tangkapan mereka. Bangge sungguh suraya bila abang tersayang dapat naikkan ikan.. Sayang abang.

Boy Bersama Hasil Tangkapan nya. Boy ne kalau sebut sal seksyen 8 dia kan pikir 2 3 kali sal risau nyamuk kat sana. Kate dia lah

And The Gang

Raj Bersama Tangkapannya


" Agak-agak kalau baling bom air dapat tak ikan patin " kate boy

Tuesday, March 2, 2010

Perkhidmatan Menangkap Ular

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah dengan spesis ini ada boleh menghubungi kami di talian 013-3882709. kuantiti mesti dari 10 ekor min. Namun bagi spesis ular sawa berwarna kuning ada boleh menghubungi segera.

Bukit Cerakah

Bukit Cerakah. Bukit Cerakah merupakan sebuah Taman Rekriasi yang lebih dikenali sebagai Taman 4 Musim yang terletak di Seksyen 8 , Shah Alam. Taman rekriasi ini kaya dengan kazanah
hutan serta hidupan liar. Tempat ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk beriadah serta aktiviti sukan seperti pin ball dan lain2 lagi.Terdapat beberapa kolam serta empangan yang pengunjung boleh memancing. Pemancing yang ingin memancing perlu membayar duit kemasukan serta duit joran sebanyak RM3 sebatang.

The Pro Caster sering ke Empangan Sungai Baru. Kami akan memulakan aktiviti memancing seawal pada pukul 9 a.m. Disana kita akan berjumpa dengan Abang Nuar salah sorang penjaga ikan kolam air tawar disana. Umpan seperti udang, dedak, dan anak ikan akan dibawak kerana umpan tidak akan disediakan. mata kail bersaiz kecil dan sederhana akan digunakan mengikut kesesuai pemancing. Selaluaya , mata rambai akan digunakan untuk menangkap ikan patin serta ikan temperas.

Jenis ikan yang ada disana diantaranya , ikan patin, ikan Chemperas, ikan sebarau, ikan haruan hantu, dan ikan selat. Ikan patin seberat 6kg pernah dinaikan disana dengan menggunakan dedak pandan. Ikan patin disana mempunyai mood yang tak leh dibaca kerana waktu makan serta seleranya tidak dapat dijangka. Some times, depan mata pun dia tak nak makan umpan.
Talapia merah memang banyak pun sama memilih umpan. Ikan haruan hantu menjadi pumpuan tumpuan utama disana kerana salah sorang ahli pro caster pernah menaikan seberat 5 kg disana dengan menggunakan dedak bom.

Pada pukul 5 P.m, ikan chemperas akan menggila di depan sangkar. larat tak larat nak melayan ikan disana. kalau anda bernasib baik anda boleh menaikan ikan sebarau dengan menggunakan umpan udang. Saiz batu kecil digunakan untuk mengelakkan umpan sangkut didasar bersama rumpai.




Boy Bersama Talapia 1.5 kG


Fairus Bersama Ikan Haruan Hantu



Pro Caster bersama spa ikan

Pemandangan Yang Indah


Silen@Raj bersama ikan Patin 3.5 kg
Silen Bersama ikan Ketutu





waktu ne gang pro caster dah kene halau dengan ranjer Bukit Cerakah. so untuk meluangkan masa kite pun ge lah nak kolam paling bawah untuk mencuba nasib. ajib dengan jayanya telah menaikkan ikan talapia yang sombong. Ajib berebut dengan Raja untuk menaikan ikan talapia tersebut. rakaman ini menunjukkan Ajib masih mempunyai Luck untuk menaikkan ikan. semoga berjaya dalam bidang memancing Ajib.


Monday, March 1, 2010

The Pro Caster Profile

Nama : Firdaus @ Boy

Umur : 25 Tahun

Alamat : Shah Alam

Lokasi Yang Diminati : Pulau Indah, Seksyen 8, Bukit Cerakah, Kuala Gula Perak, Bukit Jeletong, Lake Garden Perak, Sea Lion, South Port, Kota Kemuning,Lombong Larut tin, Pontian, Tasik Semberong, Bekok, Port Dickson, Linggi, Sungai Semberong,

Pengalaman : Mula memancing sejak dari kecil lagi bersama ayah. Sering ke pontian bersama rakan menangkap ikan sembilang dan gemang. Bakat yang terpendam ialah mengajak rakan2 untuk mencube memancing serta mengajar mereka betape seronoknya aktiviti memancing ini. Pernah menganjurkan pertandingan memancing di Tasik UTHM 2009. Saya akan memberi sebanyak info yang mungkin mengenai aktiviti kami serta tip-tips memancing didalam blog ini. Sesiapa yang mempunyai cadangan atau ingin mengikuti kami boleh menghubungi kami…



Fairus Bersama Belida 15 Bintik

Nama : Fairus @ Mat Smart

Umur : 25 Tahun

Alamat : Shah Alam, Selangor

Bakat Terpendam : Air Masin, Air Tawar & Kolam Bayar

Lokasi Yang Diminati : Pulau Indah, Seksyen 8, Bukit Cerakah, Kuala Gula Perak, Bukit Jeletong, Lake Garden Perak, Sea Lion, South Port, Kota Kemuning,Lombong Larut tin.

Pengalaman : Lebih dari 10 tahun. Mula menceburi bidang memancing di sungai MRSM Taiping, Perak. Tidak terlupe dibelakang rumah yang penuh dgn ikan haruan. Tuah beliau dengan ikan belida tidak boleh dinafikan. 15 Bintik yang jarang seali dinaikan Berjaya dinaikan oleh beliau. Beliau rajin mencuba pelbagai teknik baru mengikut ksesuain tempat. Kebanyakkan program akan dianjurkan oleh beliau supaya rakan-rakan boleh mencuba di tempat baru serta mengasah bakat mereka.


Band Bersama Siakap

Nama : Hasrun@Band

Umur : 27 Tahun

Alamat :

Bakat Terpendam : Laut Dalam @ Ikan Air Tawar

Lokasi Yang Diminati : Pulau Ketam, Pulau Kapas,Pulau Indah, Hutan Belum, Seksyen 8, Bukit Cerakah, Bukit Jeletong, Sea Lion, Kota Kemuning, South Port.

Pengalaman : Lebih dari 10 tahun. Minat memancing laut dalam serta ikan air tawar. Tidak kira kawasan liar atau kolam bayar. Pakar dalam mengikat perambut mengikut lokasi memancing. Selain itu pakar dalam membuat dedak campuran.(BAGAI MANA UNTUK MEMBANCUH DEDAK AKAN DITERBITKAN MENGIKUT LOKASI MEMANCING). Jika beliau ke kolam bayar pasti ada hasil tangkapan walaupun seekor. Pantang di ajak pasti akan muncul. Nasihat dan teguran sentiasa akan diberikan kepada pemancing yang kurang berpengalam dan inilah sifat yang sering beliau mendapat pujian. Itu lah Band


Silen Bersama Belida 4 kg


NAma : SivaSilen @ Mat Patin

Umur : 24 Tahun

Alamat : Shah Alam, Selangor

Bakat Terpendam : Casting and Fly Fishing @ Ikan Air Tawar

Lokasi yang Diminati : Seksyen 8 @ Shah Alam, Bukit Cerakah, Bukit Jeletong,

Pengalaman : 3 Tahun dalam bidang memancing. Ikan pertama yang berjaya ditangkap ialah ikan haruan di Bukit Jeletong kemudian menjadi inspirasi . Bermulalah azam ingin menjadi nelayan yang Berjaya. Walapun seringkali mendapat tentangan dari keluarga tetap teguh merempuh halangan. Namun sejak kebelakangan ini nama silen tidak asing lagi dikalang pemancing disekitar Shah Alam. Ikan yang diminati seperti ikan Haruan, ikan Patin dan Juga ikan ketutu.


Nama : Raja Faizal

Umur : 26 Tahun

Alamat : Bukit Jalil, Selangor

Bakat Terpendam : Dapat mengukur kedalamam air @ Casting

Lokasi Yang Diminati : Jugra, Pulau Ketam, @ klang , Kuala Gula @ Perak, Sea Lion

Pengalaman : Lebih dari 9 tahun. Pakar dalam memancing dalam pelbagai situasi. Sering ke lokasi yang jarang orang mencuba memancing. Tidak suka akan gangguan kerana bagi beliau bising akan menyebabkan ikan lari dan pemancing akan hilang kosentrasi @ tumpuan. Sering ke muara laut. Ikan yang menjadi tumpuan seperti ikan ketutu@ ikan haruan hantu, ikan belida, ikan Patin Bukit Cerakah, serta ikan temperas



Nama : Zaidi @ Mat Cool

Umur : 25 Tahun

Alamat : Petaling Jaya , Selangor

Bakat Terpendam : Pantai @ IKan Air Tawar (Baling dan Lihat Ape yang terjadi)

Lokasi yang Diminati : Jugra,Pulau Indah, Pulau Ketam, @ klang , Kuala Gula @ Perak, Sea Lion

Pengalaman : Lebih dari 8 tahun beliau menceburi bidang memancing. Aset memancing Cuma dua batang pancing sahaja. Pancing pertama telah masuk kedalam air. Punca kejadian Fairus yang hayal berborak padahal pancing telah ditarik oleh ikan yang tidak diketahui. Malang sekali terpakse diganti balik. Beliau sering ke muar laut untuk memancing ikan sembilang dan ikan siakap, tapi malang ikan gelama sahaja yang suka pada jorannya. Namun bakat beliau untuk meramal air laut tidak boleh dinafikan sebagai contoh Air Pasang Bunga Cuma berlaku sekali dalam setahun. Beliau pandai dalam mengikat mata kail serta memperbaiki mesin pancing. Ikan yang diminati seperti ikan sembilang, gelama, kembung,Ikan duri, ikan merah, siakap, kerapu, toman & belida