Saturday, September 4, 2010

PUNCAK ALAM, SHAH ALAM


Paya Puncak Alam

Silen bersama Toman Batik


Fairus bersama Toman Bunting





Toman Paya Puncak Alam



Puncak Alam, Shah Alam.. Lubuk toman yang semakin membuas. Mengikut info kaki memancing, satu ketika dulu ia merupakan sebuah paya yang tidak diterokai oleh orang ramai. Namun kerakusan para pemaju perumahan, paya tersebut dikelilingi dengan taman perumahan. Paya ini terletak bersebelahan jalan raya yang ingin menuju ke Puncak Alam selepas UiTM Puncak Alam.

Ikan toman disini sangat sukar ditangkap mungkin kerana ikan disini mendapat pendidikan bertaraf universiti. walaupun umpan dibaling didepan mata, ikan toman akan mengendahkan umpan tersebut. Pemancing disini selesa menggunakan rapala yang bersaiz 2 inci berwarna merah putih. Rapala jenis lain juga boleh digunakan mengikut citarasa pemancing. berat ikan tomon disini dianggarkan diantara 2kg sehingga 10kg.

Pro Caster ingin memberi sedikit tip. Pro Caster menggunakan ikan cap berwarna merah yang bersaiz 2 inci hingga 3 inci. Ikan cap ini boleh didapati di kedai ikan yang harganya didalam lingkungan RM2 -Rm3.. Dawai besi digunakan untuk mengelak tali pangcing putus. ikan cap dibiarkan hidup sepanjang masa. ikan akan menarik perhatian ikan toman tersebut. walaupun ikan keli merupakan upam kegemaran ikan toman, namun petua ini kami terima dari pemancing tegar ikan toman "KC".

Petua beliau berhasil apabila ahli Pro Caster mencuba pada hari pertama dilokasi Puncak Alam. Fairus berjaya menaikan ikan toman seberat 3.9 Kg. Ia hanya mengambil masa lima minit. manakala Silen berjaya menaikan ikan toman seberat 3.4 kg dan 1.9 kg.Bagi penggemar ikan ketutu, pada waktu malam selepas pukul 8 p.m, banyak anak ikan ketutu akan timbul. Anda boleh menangkap untuk membelanya.

2 comments:

  1. dah buat highway bertingkek2 skrg tempat ni dah terjejas teruk. Depan Uitm Puncak Perdana ni rasanya. Puncak Alam jauh ke atas.

    ReplyDelete