Batu Gajah memang terkenal kawasan lombong. Sepanjang jalan ada sahaja lombongterbiar. Kawasan Lombong merupakan bekas lombong bijih timah. Terdapat pelbagai jenis ikan didalam lombong di sini. Antaranya, talapia merah, haruan, lampam, Kelah Tasik dan beberape jenis lagi.
Tidah jauh dari Batu Gajah menjadi lokasi pilihan Pro Caster.Hari Raya ke-4, kami bertolak dari Ipoh pada pukul 8 pagi dan sampai ke lokasi memancing pada pukul 9.30 a.m. Dengan membekalkan umpan dedak dan cacing kami ke kesana. Ini kerana kedai ikan disekitar Ipoh dan Batu Gajah tutup kerana cuti raya. Sebelum memasuki lombong kami meminta kebenaran dari penduduk setempat ini kerana bimbang mereka menganggap kami penceroboh serta memberi tahu kehadiran kami.
Kami mengambil masa selama 30 minit untuk memilih lombong. Sampai sahaja dilokasi, balingan pertama disambar dgn ikan. Disangkakan lombong yang dalam kerana umpan tak sampai kedasar, rupanya umpan dah mengena. Ikan Kelah Tasik seberat 18kg dapat dinaikkan. Tangkapan ini berjaya kami rakamkan. Selain itu, ikan haruan juga mudah dipancing dengan umpan cacing. Kami kecewa kerana tidak membawa katak. Rupanya lombong yang kami duduki merupakan lubuk Haruan dan Kelah Tasik. Suasana menjadi tegang apabila waktu petang. Semua joran asyik naik ikan haruan sahaja. Cuma saiz je berbeza.
Clip Tangkapan Ikan Kelah Tasik.
No comments:
Post a Comment