Monday, September 27, 2010

Kelah Tasik


Batu Gajah memang terkenal kawasan lombong. Sepanjang jalan ada sahaja lombongterbiar. Kawasan Lombong merupakan bekas lombong bijih timah. Terdapat pelbagai jenis ikan didalam lombong di sini. Antaranya, talapia merah, haruan, lampam, Kelah Tasik dan beberape jenis lagi.

Tidah jauh dari Batu Gajah menjadi lokasi pilihan Pro Caster.Hari Raya ke-4, kami bertolak dari Ipoh pada pukul 8 pagi dan sampai ke lokasi memancing pada pukul 9.30 a.m. Dengan membekalkan umpan dedak dan cacing kami ke kesana. Ini kerana kedai ikan disekitar Ipoh dan Batu Gajah tutup kerana cuti raya. Sebelum memasuki lombong kami meminta kebenaran dari penduduk setempat ini kerana bimbang mereka menganggap kami penceroboh serta memberi tahu kehadiran kami.

Kami mengambil masa selama 30 minit untuk memilih lombong. Sampai sahaja dilokasi, balingan pertama disambar dgn ikan. Disangkakan lombong yang dalam kerana umpan tak sampai kedasar, rupanya umpan dah mengena. Ikan Kelah Tasik seberat 18kg dapat dinaikkan. Tangkapan ini berjaya kami rakamkan. Selain itu, ikan haruan juga mudah dipancing dengan umpan cacing. Kami kecewa kerana tidak membawa katak. Rupanya lombong yang kami duduki merupakan lubuk Haruan dan Kelah Tasik. Suasana menjadi tegang apabila waktu petang. Semua joran asyik naik ikan haruan sahaja. Cuma saiz je berbeza.




Clip Tangkapan Ikan Kelah Tasik.

Tasik Semberong, Air Hitam


Tasik Semberong
Hasil tangkapan (belida and Baung)


Boy and Cukek

Cukek And Ajib


Pada 31.10.2009 Caster and the gang palapes ge pancing kat tasik semberong berhampiran dengan Air Hitam, Johor..

2 pm ; ajib kejut boy (Caster) kate nak ge pancing tak. Boy pun ape lg ok je lah. pas2 dia ajk ge senggarang nak beli motor pancing. Boy pun dgn rela hatinya siap2 terus ge tak makan...dah sampai sane dia plih motor shimano 1 bearing. Boy pun api kan dia sal murah di kawasan Senggarang. Pada kaki pancing nak bli motor pncing ge lah sane. ajib beli shimano 1 bearing dgn harge 69 Sahaja. Balik rumah terus takut tak sempat. Sampai umah je, ajib mula tayangkan dianya motor. hbs cukek dgn aidil dia tipu kate 160 dia beli.batang pncing 25 je. Boy ape lg tolong backup dia lah ... hehehe kne tipu.

4 pm: Hujan dh mula trun,bdk palapes pun dah smpai umah. siap2 kul

4.30 pm : Dah gerak ge sne. tak makan lagi..sampai sne dah 2 buah keta. satu keta sarjen and satu lg keta shapik.. suasana makin panas.dah mula cri port baik. sal sebelum ne diorg dpt ikan belida. dlm otak boy lain lak. Nak ikan toman je.belida sal dah pnah aku tumbangkan.ok port dah dpt baik nya. cuma semut je bnyak.

5.30pm : Semua senjata dah siap dipasang dgn ikan emas nak tangkap ikan belida. Boy still ikan toman sal dkt dgn boy ada daun teratai. mmg rumah toman. so diam and tgu je.Still tak makan.

12.00 am : cukek dh dpt ikan baung , ada abg 2 dah dpt ikan belida. besar gak lah.Dlm 4 kg. Boy still tak dpt. dia usik je umpan boy.

3.00 am: cukek dah dpt 3 ekor belida, ajib dpt sekor and Boy pun dpt sekor. cukek mase 2 dah senyum smpai ke hidung dah. ajib lagi lah jgn ckp. Dah bangge gile sal dia naikkan pkai shimano br dia.cukek dgn ajib dpt baung gak. lg besar dr aidil tangkap setakat ne. tak pe Aidil mase kau akan dtg. cuma kau kne mandi bunga je.cukek dah tunjuk hebat dgn ikatan baru dia. mgkin dia dpt ikan bnyak so dia ajr aku ikanatan baru. yg peliknya. Yang boy ikat mcm biasa yg dpt ikan yg dia ikt kan 2 btg pncing aku tak dpt lak. ptus adalah.tak pe cukek kau mng mlm 2.still tak makan.

8.30 am: Semua dgn hasil tgkapan msg2. mlm 2 dpt tido jap dlm 2 jam. sal mmber cukek ne dia berdengkur sebelah. tak than kwn. join sekali. umpan 3 btg pncing hilang kne makan. satu pelampung entah ge mane. ok sesi tgkap gmbar. and kms blik. kne rendah kan dri sal cukek dgn ajib dpt bnyak. so kemas2 blik umah

EXT :(cerita latar belakang pemancing)

1 st : shukri @ cukek seorg yg berani mnyahut cabaran, dedikasi, peramah. sentiasa ceria. dia mula mancing mase kat poli pd ge pncing kat belakang taman and lombong linggi N.9.kat sna bnyak toman. kat UTHM dia mula pncing kat sungai semberong tngkap ikan baung saiz 3 jari.ada jiwa nelayan. yg tak bestnya, suke pinjam brg pancing. sakit jiwa aku. huhuhu.kne bg thu beli brg br dia ge beli. setakat ne dia ada pelampung, kili, and mate kail saiz 7, pancing mane kawan. nak ge pancing bukan mcm kolam pancing udang nak sewa btg pancing.ge beli pancing 2,pancing udang pun jadilah.blik dr semberong dia belagak dgn aidil join dgn ajib..mmg kejam ajib dgn adil. diorg dah rank kan aku ketiga and aidil ke 4. cukek sal ko lah aku dgn ajib tak makan seharian.

2nd : Ajib penacing baru. mula dgn pancing udang. thanks kat boy sal patahkan pncing dia. bukan ape dia mntak aku test. cube lah patah lak. and than beli pancing yg ok skt. suke gile dpt baung ye jip yg saiz 3 jari. tapi tak pe, kau dah mula ketagih dgn pancing sal dpt belida. yg ajip ne, gile sgt sampai nak ikat mate kail pun tgk you tube bro. sekarang dia bangge dpt kalahkan aidil. sal aidil ne tak dpt ikan besar lg. jip ape2 pun taniah sal berjaya dpt ikan and ingt asal usul kau dgn pancing udang kau 2. paling penting.

3 rd: aidil, seorg yg berhati2 and sikap terbuka terima teguran.. setakat ne dia dapat naikan ikan sembilang pusat sepanjang 15 cm, baung 50 gram, and lampan bersais 2 jari. aidil, boy tetap akan teman kan kau untuk kalahkan si cukek dgn ajib ne. aku jdi gang kau ye. yg penting kau ada pancing dari pada cukek pinjam pancing kau.. good luck semua.


# Zaman kegemilangan di IPTA #

Saturday, September 4, 2010

PUNCAK ALAM, SHAH ALAM


Paya Puncak Alam

Silen bersama Toman Batik


Fairus bersama Toman Bunting





Toman Paya Puncak Alam



Puncak Alam, Shah Alam.. Lubuk toman yang semakin membuas. Mengikut info kaki memancing, satu ketika dulu ia merupakan sebuah paya yang tidak diterokai oleh orang ramai. Namun kerakusan para pemaju perumahan, paya tersebut dikelilingi dengan taman perumahan. Paya ini terletak bersebelahan jalan raya yang ingin menuju ke Puncak Alam selepas UiTM Puncak Alam.

Ikan toman disini sangat sukar ditangkap mungkin kerana ikan disini mendapat pendidikan bertaraf universiti. walaupun umpan dibaling didepan mata, ikan toman akan mengendahkan umpan tersebut. Pemancing disini selesa menggunakan rapala yang bersaiz 2 inci berwarna merah putih. Rapala jenis lain juga boleh digunakan mengikut citarasa pemancing. berat ikan tomon disini dianggarkan diantara 2kg sehingga 10kg.

Pro Caster ingin memberi sedikit tip. Pro Caster menggunakan ikan cap berwarna merah yang bersaiz 2 inci hingga 3 inci. Ikan cap ini boleh didapati di kedai ikan yang harganya didalam lingkungan RM2 -Rm3.. Dawai besi digunakan untuk mengelak tali pangcing putus. ikan cap dibiarkan hidup sepanjang masa. ikan akan menarik perhatian ikan toman tersebut. walaupun ikan keli merupakan upam kegemaran ikan toman, namun petua ini kami terima dari pemancing tegar ikan toman "KC".

Petua beliau berhasil apabila ahli Pro Caster mencuba pada hari pertama dilokasi Puncak Alam. Fairus berjaya menaikan ikan toman seberat 3.9 Kg. Ia hanya mengambil masa lima minit. manakala Silen berjaya menaikan ikan toman seberat 3.4 kg dan 1.9 kg.Bagi penggemar ikan ketutu, pada waktu malam selepas pukul 8 p.m, banyak anak ikan ketutu akan timbul. Anda boleh menangkap untuk membelanya.