Monday, November 29, 2010

Ahli Baru Pro Caster


Nama: Hanif@Han

Umur: 30 Tahun

Bakat Terpendam : Air Masin, Air Tawar, Kolam ikan Air Masin & Tawar
Lokasi Yang Diminati : Kawasan Disekitar Shah Alam, Kota Warisan, Sekyen 8, Empangan Semenyeh, Bukit Beruntung. Kawasan Sunway

Pengalaman : Pakar memancing dikolam ikan air masin & tawar. Bancuh dedak, Minat dengan ikan Patin, Baung dengan Tongsan. Sering melibatkan diri melibatkan diri dalam aktiviti Pro Caster.Beliau meminati memancing sejak kecil lagi. Diturunkan dari turun temurun dari ahli keluarga..

Kepakaran : Menbancuh dedak. Mengenal pasti kawasana ikan Rohu dan Tongsan. Casting ikan haruan dan toman.

Moto: Skill Mau ada.

Minit Mesyuarat

Tarikh :16/10/ 2010
Masa : 9.00 P.M
Tempat : Rafi Bistro, Shah Alam

Ahli Yang Hadir Kehadiran:

1. Muhamad Firdaus (Boy)
2. Fairus
3. Nazir
4. Siva Silen
5. Gam
6. Raja
7. Zaidi
8. Anip
9. Ajip
10. Gam
11. Raj

Agenda Yang Dibincangkan :

1. Memperkenalkan hala tuju dan misi Pro Caster
2. Memperkenalkan Ahli Pro Caster sesama sendiri
3. Memperkenalkan Logo Pro Caster
4. Lokasi Memancing
5. Hal Ehwal kewangan Kelab
6. Tarikh Mesyuarat ke-2

Cadangan Dan Pandangan Ahli Pro Caster :

Fairus : Ingin Logo Kelab lebih menarik dan perlu ada perubahan dari segi grafik.Ajib menerima cadangan dengan baik dan akan membetulkan mengikut cita rasa Ahli Pro Caster.

Anip: Memberi cadangan untuk membuat trip memancing. Beliau akan mempertimbangkan segala aspek-aspek lokasi memancing. Untuk kali pertama, trip akan diadakan di kawasan terdekat untuk permulaan. Ia bertujuan menambahkan semangat bagi ahli baru.

Raj : Mencadangkan Ahli Pro Caster membuat baju aktiviti serta baju koprat. Baju aktiviti untuk aktiviti lasak. MAnakala baju koprat untuk aktiviti santai ahli Pro Caster.

Nazir :Beliau mencadangkan Ahli Pro CAster untuk melibatkan diri didalam semua pertandingan memancing di Selangor. Ia untuk menjanakan duit kelab. Beliau akan menaja duit pertandingan untuk mengalakkan Ahli Pro Caster. Setinggi2 terima kasih kepada En.Nazir dari Ahli Pro Caster.

Boy : Mencadangkan agar semua ahli Pro Caster membuat rakaman video serta menangkap gambar apabila mendapat ikan. Ia akan dipublish didalam blog dari waktu ke waktu.

Penutup:

Semua ahli bersantai serta bertukar pendapat mengenai ilmu memancing.

TArikh mesyuarat akan ditetapkan pada awal tahun Jan 2011.

Thursday, October 14, 2010

Annual Grand Dinner

Salam Satu Malaysia, Kepada semua ahli Pro Caster, julung-julung kalinya pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat kali pertama. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk mengenal pasti hala tuju club Pro Caster, mengenal ahli Pro Caster, memperkenalkan Logo club, tidak terlupa merancang aktiviti memancing. Kami mengalu-alukan semua ahli Pro Caster untuk menghadiri meeting ini. Tidak terlupa kepada pemancing yang ingin meyertai club Pro Caster. Ahli perlu menghubungui En. Fairus 012-2169283 atau En Firdaus 013-3882709 untuk mengesahkan kehadiran.

Tarikh :16/10 / 2010
Masa : 10.00 P.M
Tempat : Rafi Bistro, Shah Alam

Monday, September 27, 2010

Kelah Tasik


Batu Gajah memang terkenal kawasan lombong. Sepanjang jalan ada sahaja lombongterbiar. Kawasan Lombong merupakan bekas lombong bijih timah. Terdapat pelbagai jenis ikan didalam lombong di sini. Antaranya, talapia merah, haruan, lampam, Kelah Tasik dan beberape jenis lagi.

Tidah jauh dari Batu Gajah menjadi lokasi pilihan Pro Caster.Hari Raya ke-4, kami bertolak dari Ipoh pada pukul 8 pagi dan sampai ke lokasi memancing pada pukul 9.30 a.m. Dengan membekalkan umpan dedak dan cacing kami ke kesana. Ini kerana kedai ikan disekitar Ipoh dan Batu Gajah tutup kerana cuti raya. Sebelum memasuki lombong kami meminta kebenaran dari penduduk setempat ini kerana bimbang mereka menganggap kami penceroboh serta memberi tahu kehadiran kami.

Kami mengambil masa selama 30 minit untuk memilih lombong. Sampai sahaja dilokasi, balingan pertama disambar dgn ikan. Disangkakan lombong yang dalam kerana umpan tak sampai kedasar, rupanya umpan dah mengena. Ikan Kelah Tasik seberat 18kg dapat dinaikkan. Tangkapan ini berjaya kami rakamkan. Selain itu, ikan haruan juga mudah dipancing dengan umpan cacing. Kami kecewa kerana tidak membawa katak. Rupanya lombong yang kami duduki merupakan lubuk Haruan dan Kelah Tasik. Suasana menjadi tegang apabila waktu petang. Semua joran asyik naik ikan haruan sahaja. Cuma saiz je berbeza.




Clip Tangkapan Ikan Kelah Tasik.

Tasik Semberong, Air Hitam


Tasik Semberong
Hasil tangkapan (belida and Baung)


Boy and Cukek

Cukek And Ajib


Pada 31.10.2009 Caster and the gang palapes ge pancing kat tasik semberong berhampiran dengan Air Hitam, Johor..

2 pm ; ajib kejut boy (Caster) kate nak ge pancing tak. Boy pun ape lg ok je lah. pas2 dia ajk ge senggarang nak beli motor pancing. Boy pun dgn rela hatinya siap2 terus ge tak makan...dah sampai sane dia plih motor shimano 1 bearing. Boy pun api kan dia sal murah di kawasan Senggarang. Pada kaki pancing nak bli motor pncing ge lah sane. ajib beli shimano 1 bearing dgn harge 69 Sahaja. Balik rumah terus takut tak sempat. Sampai umah je, ajib mula tayangkan dianya motor. hbs cukek dgn aidil dia tipu kate 160 dia beli.batang pncing 25 je. Boy ape lg tolong backup dia lah ... hehehe kne tipu.

4 pm: Hujan dh mula trun,bdk palapes pun dah smpai umah. siap2 kul

4.30 pm : Dah gerak ge sne. tak makan lagi..sampai sne dah 2 buah keta. satu keta sarjen and satu lg keta shapik.. suasana makin panas.dah mula cri port baik. sal sebelum ne diorg dpt ikan belida. dlm otak boy lain lak. Nak ikan toman je.belida sal dah pnah aku tumbangkan.ok port dah dpt baik nya. cuma semut je bnyak.

5.30pm : Semua senjata dah siap dipasang dgn ikan emas nak tangkap ikan belida. Boy still ikan toman sal dkt dgn boy ada daun teratai. mmg rumah toman. so diam and tgu je.Still tak makan.

12.00 am : cukek dh dpt ikan baung , ada abg 2 dah dpt ikan belida. besar gak lah.Dlm 4 kg. Boy still tak dpt. dia usik je umpan boy.

3.00 am: cukek dah dpt 3 ekor belida, ajib dpt sekor and Boy pun dpt sekor. cukek mase 2 dah senyum smpai ke hidung dah. ajib lagi lah jgn ckp. Dah bangge gile sal dia naikkan pkai shimano br dia.cukek dgn ajib dpt baung gak. lg besar dr aidil tangkap setakat ne. tak pe Aidil mase kau akan dtg. cuma kau kne mandi bunga je.cukek dah tunjuk hebat dgn ikatan baru dia. mgkin dia dpt ikan bnyak so dia ajr aku ikanatan baru. yg peliknya. Yang boy ikat mcm biasa yg dpt ikan yg dia ikt kan 2 btg pncing aku tak dpt lak. ptus adalah.tak pe cukek kau mng mlm 2.still tak makan.

8.30 am: Semua dgn hasil tgkapan msg2. mlm 2 dpt tido jap dlm 2 jam. sal mmber cukek ne dia berdengkur sebelah. tak than kwn. join sekali. umpan 3 btg pncing hilang kne makan. satu pelampung entah ge mane. ok sesi tgkap gmbar. and kms blik. kne rendah kan dri sal cukek dgn ajib dpt bnyak. so kemas2 blik umah

EXT :(cerita latar belakang pemancing)

1 st : shukri @ cukek seorg yg berani mnyahut cabaran, dedikasi, peramah. sentiasa ceria. dia mula mancing mase kat poli pd ge pncing kat belakang taman and lombong linggi N.9.kat sna bnyak toman. kat UTHM dia mula pncing kat sungai semberong tngkap ikan baung saiz 3 jari.ada jiwa nelayan. yg tak bestnya, suke pinjam brg pancing. sakit jiwa aku. huhuhu.kne bg thu beli brg br dia ge beli. setakat ne dia ada pelampung, kili, and mate kail saiz 7, pancing mane kawan. nak ge pancing bukan mcm kolam pancing udang nak sewa btg pancing.ge beli pancing 2,pancing udang pun jadilah.blik dr semberong dia belagak dgn aidil join dgn ajib..mmg kejam ajib dgn adil. diorg dah rank kan aku ketiga and aidil ke 4. cukek sal ko lah aku dgn ajib tak makan seharian.

2nd : Ajib penacing baru. mula dgn pancing udang. thanks kat boy sal patahkan pncing dia. bukan ape dia mntak aku test. cube lah patah lak. and than beli pancing yg ok skt. suke gile dpt baung ye jip yg saiz 3 jari. tapi tak pe, kau dah mula ketagih dgn pancing sal dpt belida. yg ajip ne, gile sgt sampai nak ikat mate kail pun tgk you tube bro. sekarang dia bangge dpt kalahkan aidil. sal aidil ne tak dpt ikan besar lg. jip ape2 pun taniah sal berjaya dpt ikan and ingt asal usul kau dgn pancing udang kau 2. paling penting.

3 rd: aidil, seorg yg berhati2 and sikap terbuka terima teguran.. setakat ne dia dapat naikan ikan sembilang pusat sepanjang 15 cm, baung 50 gram, and lampan bersais 2 jari. aidil, boy tetap akan teman kan kau untuk kalahkan si cukek dgn ajib ne. aku jdi gang kau ye. yg penting kau ada pancing dari pada cukek pinjam pancing kau.. good luck semua.


# Zaman kegemilangan di IPTA #

Saturday, September 4, 2010

PUNCAK ALAM, SHAH ALAM


Paya Puncak Alam

Silen bersama Toman Batik


Fairus bersama Toman Bunting





Toman Paya Puncak Alam



Puncak Alam, Shah Alam.. Lubuk toman yang semakin membuas. Mengikut info kaki memancing, satu ketika dulu ia merupakan sebuah paya yang tidak diterokai oleh orang ramai. Namun kerakusan para pemaju perumahan, paya tersebut dikelilingi dengan taman perumahan. Paya ini terletak bersebelahan jalan raya yang ingin menuju ke Puncak Alam selepas UiTM Puncak Alam.

Ikan toman disini sangat sukar ditangkap mungkin kerana ikan disini mendapat pendidikan bertaraf universiti. walaupun umpan dibaling didepan mata, ikan toman akan mengendahkan umpan tersebut. Pemancing disini selesa menggunakan rapala yang bersaiz 2 inci berwarna merah putih. Rapala jenis lain juga boleh digunakan mengikut citarasa pemancing. berat ikan tomon disini dianggarkan diantara 2kg sehingga 10kg.

Pro Caster ingin memberi sedikit tip. Pro Caster menggunakan ikan cap berwarna merah yang bersaiz 2 inci hingga 3 inci. Ikan cap ini boleh didapati di kedai ikan yang harganya didalam lingkungan RM2 -Rm3.. Dawai besi digunakan untuk mengelak tali pangcing putus. ikan cap dibiarkan hidup sepanjang masa. ikan akan menarik perhatian ikan toman tersebut. walaupun ikan keli merupakan upam kegemaran ikan toman, namun petua ini kami terima dari pemancing tegar ikan toman "KC".

Petua beliau berhasil apabila ahli Pro Caster mencuba pada hari pertama dilokasi Puncak Alam. Fairus berjaya menaikan ikan toman seberat 3.9 Kg. Ia hanya mengambil masa lima minit. manakala Silen berjaya menaikan ikan toman seberat 3.4 kg dan 1.9 kg.Bagi penggemar ikan ketutu, pada waktu malam selepas pukul 8 p.m, banyak anak ikan ketutu akan timbul. Anda boleh menangkap untuk membelanya.

Saturday, March 27, 2010

Mood Pro Caster

Kebanyakkan ahli Pro Caster mempunyai kerja yang ikut time manakala ada ahli pro caster yang kerja ikut suke Time sendiri. Terdapat juga ahli pro caster dikalangan student IPTA/IPTS..Perjalanan memancing tak ikut time yang ditetapkan..

Tapi apa yang pasti perangai setiap pemancing lain2 didalam group kami. Kadang kala kami rase nak ge pancing belida kite pergi tempat 2 selama seminggu. Kalau rase nak tangkap ikan patin kite akan ge pancing patin. Kami tidak mengira saiz ikan kecik atau besar, yang penting layan.

Misalnya kalau nak ge pancing talapia kami akan membawa joran kecik manakala nak pancing ikan besar kita akan membawa joran yang sesuai. Ikut tempat saiz jorannya. Kalau dalam blog kami anda nampak ikan kecik tak bermaksud kami tak pernah menangkap ikan besar. Anda silap. Tapi tak pe, memandangkan kami mengikuti teknologi yang terkini. Kami memulakan blog. Blog ini akan menjadi hala tuju kami. Perkembangan terbaru kami akan kami publish didalam blog ini...